2 tahanan mogok lapar berada dalam keadaan sangat kritikal

RAMALLAH, 30 Nov 2016 (Maan) — Pengarah Pusat Rawatan Assaf Harofeh dalam laporan beliau kepada Mahkamah Agung Zionis menyatakan bahawa tahanan Anas Shadid, 20, dan Ahmad Abu Farah, 29, yang mogok lapar sejak dua bulan lalu berada dalam keadaan sangat kritikal sehingga terdedah kepada risiko mati secara tiba-tiba.

Dua tahanan tersebut sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana mereka berada dalam keadaan koma dan tidak mampu bernafas serta berhadapan dengan risiko kegagalan organ penting yang boleh membawa kecacatan kekal atau kematian secara tiba-tiba.

Mahkamah Zionis menggantung arahan tahanan ke atas mereka ada 18 November kerana keadaan kesihatan yang meruncing, namun mereka tetap enggan menerima makanan sehingga mereka dibebaskan sepenuhnya dan dipindahkan ke sebuah hospital Palestin. Pihak rejim mengugut untuk memaksa mereka makan.

Anas dan Ahmad masing-masing mogok lapar selama 68 dan 69 hari sebagai membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts