2 terbunuh dalam serangan di perhimpunan Great Return March Gaza

GAZA, 27 Julai 2018 — Dua penduduk Palestin terbunuh dan 246 yang lain tercedera apabila pasukan tentera Zionis menembak peserta perhimpunan aman Great Return March (GRM) buat minggu ke-18 berturut-turut di sempadan Gaza tengahari tadi.

Mangsa yang terbunuh adalah Majdi al-Satari, 14, dan Ghazi Abu Mustafa, 43.

Sementara 11 yang lain dilaporkan cedera dalam keadaan kritikal.

Majdi ditembak di Rafah, selepas Ghazi ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepala di Khan Younis, selatan Gaza.

Ghazi adalah suami kepada Lamia Abu Mustafa, seorang jururawat yang tidak pernah meninggalkan khemah perubatan GRM yang terletak berdekatan pagar sempadan. Ghazi telah cedera ditembak sebulan lalu ketika sedang membantu mangsa serangan tentera Zionis, dan dirawat oleh pasukan paramedik isterinya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, seramai 19 kanak-kanak, 10 wanita, enam petugas paramedik dan seorang jurnalis turut tercedera.

Dalam pada itu, tentera penjajah Zionis menggunakan pesawat dron untuk melancar roket ke arah sekumpulan pemuda Palestin di timur kota Gaza namun tiada kecederaan dilaporkan.

GRM dilancarkan pada 30 Mac lalu di lima kem di sepanjang kawasan semapdan Gaza.

(PIC, Maan, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts