20 bakal haji dari Gaza dihalang menuju ke Arab Saudi

GAZA, 1 Sep 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir hari ini menghalang enam penduduk Gaza daripada menuju ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji.

Secara keseluruhan setakat ini, serama 20 bakal haji dihalang keluar meninggalkan Gaza, di mana 14 orang tidak dibenarkan melintas pada hari pertama pintu sempadan dibuka semalam.

Pihak Mesir mendakwa tindakan tersebut dibuat atas sebab keselamatan.

Hari ini seramai 790 bakal haji menuju ke Arab Saudi, berbanding dengan seramai 775 orang semalam.

Pintu lintasan akan dibuka untuk kumpulan jemaah haji terakhir pada hari Khamis.

Sekitar 2,318 penduduk Gaza dan 455 ahli keluarga syuhada telah mendapat visa untuk mengerjakan haji di Mekah melalui penerbangan dari Kaherah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts