20 pelarian Palestin terbunuh dalam serangan udara di Yarmouk

DAMASKUS, 30 Apr 2018 — Kira-kira 20 orang pelarian Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan tentera udara rejim Bashar Assad di kem Yarmouk, Damaskus, sepanjang minggu lalu.

Tentera rejim dilaporkan cuba memasuki kem tersebut dari arah selatan, di mana 2,500 keluarga pelarian sedang berlindung, dengan serangan bertubi-tubi.

Serangan dibuat selepas kegagalan rundingan untuk membawa keluar pasukan militan Daesh dari kem Yarmuk dan kawasan sekitarnya. Daesh sebelum ini mengawal sebahagian besar kawasan kem Yarmouk.

(Anadolu)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts