20 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

NABLUS, 17 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seorang pemuda diculik selepas tentera Zionis menyerbu kem pelarian al-Ein di barat Nablus, dan dilarikan ke lokasi rahsia.

Pada masa yang sama, puluhan askar Zionis memecah masuk dan menggeledah sebuah rumah keluarga Palestin di bandar al-Sila al-Harthiya, sebelum merampas wang tunai berjumlah 1,500 Shekel. Tentera Zionis membina sekatan jalan di kawasan tersebut, menyekat dan memeriksa ketat semua kenderaan yang melintas.

Sementara itu, gerombolan besar tentera Zionis menyerbu Kota Lama al-Khalil, memecah masuk beberapa buah rumah penduduk dan menculik seorang bekas tahanan.

Pertempuran tercetus di bandar Azzun di Qalqilya apabila penduduk Palestin membantah tindakan tentera mengepung dan menutup bandar tersebut sejak lebih seminggu.

Penculikan juga berlaku di daerah-daerah lain termasuk Tulkarm, Baitulmaqdis dan Ramallah.

Berikut adalah senara sebahagian daripada mangsa yang diculik
1. Adam Fadi Mustafa, 18, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
2. Mohammad Zakariya Oleyyan, 18, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
3. Abdul-Qader Dari, 19, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
4. Qussai Ahmad Dari, 17, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
6. Wasim Eyad Dari, 16, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
7. Qassem Monir Dirbas, 16, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
8. Wadea’ Daoud ‘Oleyyan, 18, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
9. Ahmad Abu Roumi, 18, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
10. Mohammad Mousa Mustafa, 19, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.
11. Sadeq Abdul-Rauf Barghouthi, Ramallah.
12. Khaled Antar, Ramallah.
13. Ibrahim Mteir, Ramallah.
14. Mahmoud Salah, Ramallah.
15. Mahfouz Zohdi ‘Aassi, Ramallah.
16. Mustafa Hisham Abdul-Aziz, Jenin.
17. Majd Hisham Abdul-Aziz, Jenin.
18. Baha’ Hisham Abdul-Aziz, Jenin.
19. Fadi Jabri, Nablus.
20. Maher Asaf, Beit Lahm.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts