20 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat dan al-Quds

RAMALLAH, 23 Okt 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 20 orang penduduk Palestin dari Tebing Barat dan al-Quds, termasuk lima kanak-kanak, diculik oleh tentera penjajah Zionis dalam operasi awal pagi tadi.
Seramai 18 orang penduduk al-Quds menjadi sasaran, di mana lapan daripadanya adalah dari Silwan, empat dari al-Issawiyah, tiga dari Jabal al-Mukabir dan tiga lagi dari kem pelarian Shu’fat.
Dalam kejadian di kem Shu’fat, tentera dengan diiring oleh helikopter yang berlegar di udara memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk, sambil menyerang dengan peluruh hidup dan gas pemedih mata menyebabkan beberapa orang cedera.
Masing-masing seorang penduduk diculik dari Qalqilya dan utara Lembah Jordan. Tentera penjajah turut merampas sejumlah wang di bandar Azzoun di timur Qalqilya dan bandar Sa’ir di utara al-Khalil, atas alasan kononnya wang tersebut adalah dana aktiviti anti-penjajahan.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts