20 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 28 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan, dalam kempen memburu aktivis anti-penjajahan di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di wilayah Tubas di utara Tebing Barat, tentera Zionis menggempur bandar Tammoun dan menculik tiga penduduk. Sementara di kota Tubas, dua pemuda diculik selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga mereka.

Seramai empat penduduk diculik dari kem pelarian Jenin, tiga dari Beit Lahm, tiga yang lain dari Ramallah, dan seorang lagi dari al-Khalil.

Sementara di wilayah Qalqilya, tentera Zionis memecah masuk menggeledah rumah-rumah dan menyerang penduduk di bandar Kafr Qaddoum.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts