20 penduduk Tebing Barat diculik

TEBING BARAT, 2 Mac 2017 (PIC) — Seramai 20 penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera penjajah Zionis sepanjang malam tadi di Tebing Barat.

Di al-Khalil, tentera Zionis menyerbu masuk bandar Beit Awa dan menangkap tiga pemuda dari rumah mereka. Sepasukan lagi tentera menyerang masuk bandar ad-Dhahiriya serta memecah masuk rumah penduduk dan bertempur dengan pemuda Palestin berdekatan rumah keluarga almarhum Sa’ad Qaisiya yang ditembak mati oleh pendatang Yahudi semalam.

Manakala di Jenin, tentera penjajah menyerbu masuk bandar Zabuba dan Rummanah serta menculik seorang pemuda. Mereka turut memecah masuk rumah penduduk di bandar Beita dan Awarta di tenggara Nablus serta menculik lima penduduk yang kemudiannya dibawa ke pengkalan tentera Huwara sebelum dibebaskan. Dalam kejadian di Beita, seorang guru sekolah Mohamed Mu’alla diculik setelah tentera memecah masuk rumah beliau.

Tentera Zionis juga menyerang masuk kem pelarian Far’a di timur laut Nablus, bertempur dengan penduduk dan menangkap seorang pemuda.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts