20 tahanan mogok lapar dikejarkan ke hospital

RAMALLAH, 2 Mei 2017 (PIC) — Seramai 20 tahanan Palestin yang mogok lapar dikejarkan he hospital kerana mengalami keletihan dan tidak sedarkan diri.

Ketua Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Issa Qaraqe, memberi amaran bahawa bilangan mereka dijangka meningkat.

Hampir 1,600 orang tahanan Palestin mogok lapar sejak 16 hari lalu bagi membantah layanan buruk pihak pengurusan penjara Zionis ke atas mereka, termasuk menafikan hak mendapatkan rawatan dan menghalang lawatan keluarga.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts