20 tahanan mogok lapar dipindah ke Hospital Meir

RAMALLAH, 24 Mei 2017 (PIC) — Pihak penjara Zionis memindahkan 20 orang tahanan mogok lapar Palestin dari penjara Hadarim ke Hospital Meir lewat semalam apabila kesihatan mereka merosot teruk.

Beberapa tahanan berada dalam keadaan kritikal apabila mereka pengsan beberapa kali, kehilangan berat badan, sukar bergerak dan sakit di bahagian buah pinggang.

Dalam lawatan beliau ke penjara tersebut, peguam Hanan al-Khatib mendedahkan bahawa pihak penjara kini menghalang pihak media daripada mendapatkan berita tentang keadaan kesihatan tahahan mogok lapar.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts