AL-QUDS, 19 Apr 2016 (PIC) — TV Zionis Saluran 10 mendedahkan bahawa semakin ramai Yahudi asal Rusia, yang berhijrah ke negara haram Zionis dalam tahun 1990-an, meninggalkan negara tersebut dan berpindah ke Kanada.
Saluran TV tersebut juga melaporkan bahawa satu per lima daripada anggaran sejuta orang yang berhijrah ke Kanada itu percaya negara haram Zionis itu bukanlah untuk mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan diskriminasi oleh Yahudi dari negara Barat dan pihak rejim sendiri.