200 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa, cuba bawa masuk menorah

BAITULMAQDIS, 15 Dis 2020 — Polis penjajah Zionis mengiringi hampir 200 pendatang Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 196 pendatang, pelajar institusi agama Yahudi dan pegawai perisikan Zionis dibawa berarak di atas tapak suci umat Islam itu.

Sementara segerombolan pendatang menari secara penuh provokatif berdekatan Pintu al-Silsila.

Buat kali kedua, para pendatang cuba membawa masuk menorah untuk menyambut perayaan mereka di perkarangan al-Aqsa.

Semalam, pengawal masjid berjaya menghalang cubaan membawa masuk menorah. Namun akhirnya para pendatang memasang lilin di Pintu Asbat.

Polis Zionis dilaporkan menyerang ketua pengawal Masjid al-Aqsa selepas beliau membantah para pendatang yang menukar laluan lazim mereka ketika berarak di perkarangan masjid.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts