205 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Julai 2017 — Seramai 205 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah yang dikawal ketat oleh tentera Zionis.

Pendatang Yahudi mengambil kesempatan keadaan masjid yang lengang apabila para jemaah membantah syarat yang dikenakan oleh polis Zionis, supaya mereka melalui pintu pemeriksa logam untuk memasuki tapak suci umat Islam itu.

Terdahulu, tentera Zionis memasang sekatan besi berdekatan Pintu al-Asbat, yang dilengkapi dengan kamera keselamatan berteknologi tinggi.

Dalam kejadian berkaitan, polis Zionis cuba mengusir semua jemaah dan pekerja Jabatan Wakaf yang berjaga di Pintu al_Majlis, salah satu pintu al-Aqsa yang dipasang dengan alat pengesan logam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts