208 wanita Palestin termasuk warga emas, kanak-kanak dan pesakit ditangkap sepanjang 2016

RAMALLAH, 3 Jan 2017 (PIC) — Laporan yang diterbitkan oleh Pusat Tahanan Palestin menunjukkan peningkatan besar dalam usaha rejim Zionis menangkap wanita Palestin sepanjang tahun 2016, di mana seramai 208 orang termasuk warga emas, kanak-kanak dan wanita sakit telah ditangkap.

Tindakan rejim dilihat sebagai ugutan kepada wanita Palestin supaya tidak turut terlibat dalam kempen Intifadah al-Quds, sehingga mereka ditangkap dengan hanya bersandarkan kepada prasangka.

Seramai 17 orang daripada mereka adalah ibu-ibu yang ditangkap ketika menziarah anak mereka dalam tahanan, untuk memberi tekanan kepada anak-anak mereka.

Manakala seramai 32 perempuan bawah umur turut ditangkap, sebahagiannya dalam keadaan cedera ditembak. Seramai 12 orang daripada mereka masih ditahan dan dikenakan hukuman berat, semuanya hanya kerana disyaki cuba membuat serangan menikam.

Seramai 12 mahasiswi turut menjadi mangsa.

Antara mereka yang dikenakan hukuman berat termasuklah Syuruq Ibrahim Duwaikat, 19, yang ditangkap dalam keadaan cedera ditembak di bahagian dada dan dihukum penjara selama 16 tahun, Maisun Musaba Jabali, 22, dari Beit Lahm yang dihukum penjara 15 tahun, Nurhan Ibrahim Awad, 16, dari al-Quds dengan hukuman selama 13 tahun dan Isra Riyad Jaabiah, 22, yang dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

Seramai lapan wanita Palestin dikenakan tahanan pentadiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts