21 diculik di Tebing Barat

BAYT LAHM, 11 Jan 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin dalam operasi ke atas beberapa daerah berbeza di Tebing Barat awal pagi tadi.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan puluhan askar Zionis menyerang masuk bandar Beit Fajjar di selatan Bayt Lahm, menggeledah rumah dan menangkap sembilan orang penduduk. Mangsa adalah Hamza Amer Taqatqa, 17, Mohammad Taha Taqatqa, 20, Aziz Ali Taqatqa, 31, Rami Mousa Thawabta, 24, Nabil Mohammad Thawabta, 20, Eyad Sami Thawabta, 21, Nasr Mohammad Thawabta, 24, dan Abdullah Salem Thawabta, 29.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Mansour Sheikh, 19, turut diculik dari bandar Marah Rabah.

Manakala di al-Khalil, tentera menceroboh masuk beberapa kawasan kejiranan Palestin dan menculik empat pemuda iaitu Mohammad Jamil al-Khdour, 20, Mohammad Khalil al-Azza, 20, Ayesh Nasser Ekhlayyel, 20, dan Mohammad Anwar Abu Hussein, 20.

Tiga lagi penduduk, Samer Kamel Qash, Mohammad Ali Azayza, dan Ahmad No’man Awwad, diculik di Jenin, utara Tebing Barat. Ahmad No’man ditembak sebelum ditangkap.

Dua pemuda lagi ditangkap di Ramallah, iaitu Aseed al-Banna, Mohammad Mahmoud Rayyan, dan Mahmoud Waleed Daoud, yang semuanya berumur 23 tahun.

Dua lagi diculik di bandar Tal di daerah Nablus, iaitu Mohannad Ibrahim Ramadan dan Mohammad Ibrahim Ramadan.

Dalam perkembangan lain, polis Zionis menahan 60 pekerja Palestin yang didakwa memasuki negara haram Zionis tanpa permit, dan memindahkan mereka ke beberapa pusat interogasi dan tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts