Khamis 12 Februari 2009

21 orang penduduk Palestin diculik oleh tentera Israel di dalam operasi serbuan pada pagi hari Rabu yang mensasarkan beberapa kawasan di Tebing Barat, menurut laporan International Middle East Media Center.
Di Perkampungan Fahma, berhampiran bandar Jenin di utara Tebing Barat, tentera Isreal menculik 15 orang lelaki Palestin. Penduduk melaporkan tentera Israel menyerang perkampungan mereka dan mengadakan sekatan dan kemudiannya melakukan penggeledahan rumah ke rumah dan menangkap 15 orang lelaki sebelum beredar.
Lima orang lagi diculik di bandar Ramallah di bahagian tengah Tebing Barat selepas tentera Israel menggeladah rumah penduduk, menurut sumber tempatan.
Pada masa yang sama, dua orang lelaki diculik daripada perkampungan Marda yang terletak di bahagian utara Bandar Tuba di Tebing Barat. [imemc/terjemahan:HaluanPalestin]
[email_link] [print_link]