HAIFA, 20 Mei 2018 — Sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin ditangkap ketika menyertai perhimpunan di Haifa semalam, bagi membantah pembunuhan penduduk Gaza.
Mereka ditahan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam.
Puluhan penduduk Palestin warganegara “Israel” menyertai perhimpunan di bandar Haifa, yang digerakkan melalui media sosial. Lokasi perhimpunan hanya diumumkan dua jam sebelum ia berlangsung, kerana rejim Zionis memberi amaran terhadap bantahan ke atas apa yang berlaku di sempadan Gaza.
Polis Zionis turut menghalang peguam masuk membantu mangsa tangkapan yang ditahan di sebuah stesen polis.
(Mondoweiss)