21 penduduk Palestin ditangkap di Tebing Barat

NABLUS, 26 Julai 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap 21 penduduk Palestin di beberapa bandar di Tebing Barat awal pagi tadi.

Beberapa orang pemuda ditangkap ketika tentera menyerbu masuk kem pelarian Askar di timur kota Nablus, sehingga mencetus beberapa pertempuran. Sekatan tentera turut dipasang di bandar Udla yang berdekatan, di mana penduduk dan kenderaan disekat untuk diperiksa. Seorang kanak-kanak ditangkap di bandar tersebut.

Di Beit Lahm, seorang aktivis ditangkap dari rumah keluarganya di bandar Takoa dan dilarikan ke lokasi yang tidak diketahui. Serbuan tentera juga dibuat di bandar Beit Fujar di selatan Beit Lahm, namun tidak ada tangkapan dibuat.

Serbuan turut berlaku di kota al-Khalil, di mana tentera menduduki sebuah rumah penduduk Palestin dan menjadikannya sebagai sebuah berek tentera. Juga di al-Khalil, tentera Zionis merosakkan beberapa bangunan milik penduduk Palestin di Kota Lama serta bandar Yatta, Seir dan Beit Enoun.

Pertempuran tercetus di Qalqiliya apabila tentera Zionis menyerbu bandar tersebut secara ganas sambil melepaskan tembakan peluru getah sehingga mencederakan beberapa orang penduduk.

Seorang pemuda turut ditangkap di Jenin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts