21 penduduk Palestin termasuk 3 kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 5 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 21 penduduk Palestin dari wilayah-wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa mereka menjumpai senjata dalam serbuan di bandar-bandar al-Ram di wilayah Baitulmaqdis dan Doha di wilayah Beit Lahm.

Pertempuran tercetus di bandar Yatta di tenggara kota al-Khalil apabila tujuh buah kenderaan tentera penjajah menyerang masuk dan menggeledah beberapa buah rumah. Tiada tangkapan dibuat di Yatta, namun empat yang lain diculik dari wilayah al-Khalil.

Di selatan Jenin, seorang penduduk Palestin diculik dan motorsikalnya dirampas dalam kejadian di bandar Ya’bad.

Sementara tiga orang kanak-kanak diculik dari bandar Beit Fajr di Beit Lahm.

Penculikan juga berlaku di Ramallah, Baitulmaqdis dan Qalqilya.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts