21 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita diculik

AL-KHALIL, 2 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, seorang wanita dan seorang bekas tahanan politik, dari rumah mereka di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di kota al-Khalil, tiga kanak-kanak iaitu Mohammad Abdul-Ghani Qfeisha, 10, Yousef Abed Rajabi, 12, dan Mostafa Tareq Natsha, 11, diculik dari rumah mereka sebelum dibebaskan setelah disoal-siasat selama beberapa jam.

Tentera Zionis turut menculik Donya Sa’id, isteri kepada Nashat al-Karmi yang telah dibunuh oleh tentera Zionis pada bulan Oktober 2010.

Di samping itu, tentera Zionis turut menculik bekas tahanan politik Bakr Tawil dari kota Qalqilia di utara Tebing Barat selepas menyekat beliau di sebuah sekatan tentera.

Di Baitulmaqdis, tentera Zionis memecah masuk rumah Adnan Gheith, seorang ahli Majlis Revolusi Pergerakan Fatah, untuk memburu dan menculik anak lelakinya, Odai. Namun beliau tidak berjaya dijejaki.

Berikut adalah senarai mangsa penculikan:

  1. Donya Sa’id, al-Khalil.
  2. Mohammad Qfeisha, 10, al-Khalil.
  3. Yousef Abed Rajabi, 12, al-Khalil.
  4. Mostafa Tareq Natsha, 11, al-Khalil.
  5. Leila Maher Oweinat, Qalqilia.
  6. Ashraf Maher Oweinat, Qalqilia.
  7. Mo’tasem Mahmoud Shawar, Qalqilia.
  8. Mohammad Abu Samra, Qalqilia.
  9. Bakr Tawil, Qalqilia.
  10. Islam Ibrahim, Anata, Baitulmaqdis.
  11. Abu Azhar Ibrahim, Anata, Baitulmaqdis.
  12. Mohammad Qa’qour, Baitulmaqdis.
  13. Abed Qa’qour (adik-beradik Mohammad), Baitulmaqdis.
  14. Maher Sarhan, Baitulmaqdis.
  15. Mohammad Sarhan (adik-beradik Maher), Baitulmaqdis.
  16. Amer Zidani, Baitulmaqdis.
  17. Mohammad Zidani, (adik-beradik Amer), Baitulmaqdis.
  18. Mosallam Odah, Baitulmaqdis.
  19. Lu’ay Rajabi, Baitulmaqdis.
  20. Dia’ Beidoun, Baitulmaqdis.
  21. Tamer Zaghal, Baitulmaqdis.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts