214 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis yang lengkap bersenjata mengiringi 184 pendatang dan 30 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa untuk menyambut perayaan Shavout pagi tadi.

Mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba, berarak secara penuh provokasi dengan melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang Haikal Sulaiman, sebelum keluar melalui Pintu al-Silsila.

Polis Zionis mengetatkan kawalan di sekitar Masjid al-Aqsa sejak bermulanya Ramadan. Mereka turut melancarkan kempen menangkap penjaga dan pegawai Masjid al-Aqsa, dan mengharamkan mereka memasuki tapak suci itu.

Polis Zionis membuka Pintu al-Maghareba pada jam 7:30 pagi, dan mengerah pasukannya ke perkarangan al-Aqsa bagi menjamin keselamatan para penceroboh. Pintu tersebut akan ditutup pada jam 11:00 pagi.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts