215 wanita Palestin ditangkap sejak Oktober

RAMALLAH, 12 Jun 2016 (PIC) — Laporan Pusat Tahanan Palestin mendapati seramai 215 wanita Palestin termasuk kanak-kanak perempuan, warga emas, para ibu dan juga isteri tahanan, ditangkap sejak awal bulan Oktober lalu.

Seramai 68 orang dikurung dalam penjara Hasharon dan Damon. 11 daripada mereka mengalami kecederaan ditembak tentera Zionis dan kini berada dalam keadaan yang sangat getir.

Manakala empat wanita serta 18 kanak-kanak perempuan dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarag perbicaraan.

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa 30 lagi wanita dan 36 remaja perempuan Palestin termasuk jurnalis ditahan atas tuduhan menghasut di laman Facebook.

Keadaan tempat tahanan para wanita ini adalah sangat teruk dan sukar. Mereka dinafikan hak privasi dengan dikawal menggunakan kamera keselamatan siang dan malam serta diperiksa secara sistematik. Di samping tidak dibekalkan dengan kemudahab asas, mereka juga dinafikan hak mendapat lawatan ahli keluarga.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts