22 diculik dalam operasi sepanjang malam di Tebing Barat

NABLUS, 25 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis menjalankan beberapa serangan di seluruh Tebing Barat dan menculik sekurang-kurangnya 22 orang penduduk Palestin sepanjang malam tadi.

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditangkap dalam serangan ke atas perkamoungan Kafr al-Dik di daerah Salfit, tengah Tebing Barat. Manakala di utara Nablus, tiga orang ditangkap termasuk dua beradik Abd al-Rahman dan Tawfiq Sabti Dweikat dari kejiranan al-Dahia.

Dalam kejadian di timur laut Ramallah, Muhammad al-Addasi ditangkap di perkampungan Silwad.

Di selatan Tebing Barat pula, Muhannad Ratib al-Badan ditangkap di perkampungan Tuqu dan adiknya diarah hadir untuk disoal siasat. Seorang lagi ditahan di kota al-Khalil.

Bandar Beit Fajjar di selatan Beit Lahm turut diserang di mana dua remaja Issam Muhammad Taqatqa, 15, dan Abd al-Qadir Sultan Taqatqa, 14, ditangkap.

Beberapa kali serangan dilakukan dii kem pelarian Qalandiya di Ramallah, bandar Yatta di al-Khalil, serta daerah Harmala dan Janata di Beit Lahm, di mana rumah penduduk dipecah masuk dan digeledah. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts