22 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran di Jericho

JERICHO, 21 Mei 2017 (PIC) — Seramai 22 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera penjajah Zionis di laluan utara kota Jericho hari ini.

Menurut laporan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), lapan orang dirawat kerana tembakan peluru getah dan 14 yang lain mengalami sesak nafas. Dua pemuda ditangkap selepas dipukul oleh tentera. Manakala sebuah ambulan PRCS rosak ditembak dengan peluru getah.

Pertempuran juga tercetus di bandar al-Khader di selatan kota Beit Lahm. Kanak-kanak Hassan Ahmed Issa, 7, dikejarkan ke Hospital Beit Jala dalam keadaan parah apabila ditembak dengan gas pemedih mata di bahagian kepalanya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts