22 Penduduk Palestin Ditangkap di Tebing Barat

BEIT LAHM, 3 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap 22 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seramai lima orang iaitu Muhammad Abu Mualla, Hussein al-Samadi, Mahmoud al-Hardi, Mahmoud Bassam Kamil dan Saher Imad Kamil ditangkap dari bandar Qabatiya dalam wilayah Jenin.

Manakala dua orang ditangkap dari perkampungan Salem di Nablus, iaitu Anas Ishtayeh dan Malek Qays Hamdan.

Sembilan yang lain ditangkap dari wilayah Ramallah dan Baitulmaqdis. Mereka adalah Hamzeh Imad al-Hadithi dari kem pelarian al-Amari di Ramallah, Saddam Hussein Sharakeh, Abdullah Jamal Mubarak dan Fayiz Shihdeh al-Tirawi dari kem pelarian al-Jalazun di utara Ramallah, Shadi Khalid al-Rimawi dari Beit Rima di barat Ramallah, Karim Saleh dari Nabi Saleh di barat Ramallah, Ubada Azzam al-Rifaie, pegawai polis Palestin Muhammad Khalid al-Sheikh dan isterinya Duaa Barakat al-Sheikh dari Anata di Baitulmaqdis.

Tentera Zionis turut menangkap Ayman Majed al-Atrash dari Halhul di utara al-Khalil. Mereka juga memecah masuk beberapa buah rumah di kem pelarian al-Arroub namun tiada tangkapan dilaporkan.

Di wilayah Beit Lahm, tentera Zionis menyerbu bandar Beit Fajjar dan merampas lapan buah kenderaan. Tiada tangkapan dilaporkan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts