22 penduduk Tebing Barat dan Baitulmaqdis diculik

RAMALLAH, 19 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 22 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Seramai tujuh penduduk diculik dari bandar Teqoa’ di timur Beit Lahm dan kem pelarian Jenin di barat wilayah Jenin. Dua yang lain diculik dari rumah mereka di bandar Silwad, timur laut Ramallah, dan perkampungan al-Janiya di barat Ramallah.

Sementara itu, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah syahid Mahmoud Salah di bandar Khader, selatan Beit Lahm. Namun tiada tangkapan dibuat.

Tentera Zionis turut merampas sebuah kereta di kawasan Balata al-Balad di timur Nablus dan memecah masuk rumah-rumah di kem pelarian Askar tanpa membuat sebarang penangkapan.

Di Qalqilya, tentera Zionis menyerbu bandar Azzoun dan mengambil foto beberapa buah rumah.

Manakala di Baitulmaqdis, tentera Zionis menyerbu bandar Abu Dis sementara pasukan polis dikerah ke sekitar Pintu al-Rahma di Masjid al-Aqsa, bagi menyekat penduduk yang hadir untuk bersolat Subuh. Dua orang penduduk diculik dari bandar al-Isssawiya di timur Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts