22 termasuk kanak-kanak cedera di Eizariya

AL-QUDS, 30 Julai 2017 — Seramai 22 orang termasuk kanak-kanak cedera apabila pasukan polis sempadan Zionis menyerbu dan menyerang penduduk di bandar al-Eizariya, timur kota al-Quds.

Pasukan ambulan Bulan Sabit Merah Palestin merawat tiga kanak-kanak berumur dari tujuh hingga 13 tahun setelah mereka terkena tembakan peluru getah, serta 19 lagi penduduk yang mengalami sesak nafas.

Polis Zionis turut menembak peluru getah dan gas pemedih mata ke arah paramedik secara sengaja.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts