Pemuda Palestin Gugur Syahid

1 Mac 2009, Rafah. korban-palestinaSumber-sumber Palestin memaklumkan seorang pemuda Palestin telah gugur syahid setelah sebelumnya cedera parah akibat serangan kejam Regim Zionis Israel dalam perang 22 hari di Gaza.

Sebagaimana diungkapkan dari Bilik Berita Jerman DPA, Ketua Jabatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Hasnain pada hari Sabtu (28/02), Nahad Abu Kumail 29 tahun yang cedera sejak bulan lalu akibat serangan kejam tentera Israel di Jalur Gaza telah dipindahkankan ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan lanjutan, namun dia gugur syahid akibat kecederaan yang dialaminya terlalu parah. Jenazahnya dikembalikan ke Gaza untuk dikebumikan.

Tentera Regim Zionis Israel kembali melancarkan serangannya ke kawasan utara Tepi Barat Sungai Jordan. Sebagaimana dilaporkan Bilik Berita Quds, tentera Israel pada tengahari hari Sabtu yang lepas (28/02), telah melancarkan serangan ke daerah Balaa di wilayah Timur bandar Tulkarem.

Mereka juga melakukan pemeriksaan paksaan dari rumah ke rumah sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan wanita dan anak-anak. Berita lainnya menyebutkan, warga Palestin hari ini juga melakukan aksi mogok sebagai protes terhadap kebiadaban Regim Zionis Israel yang telah merosakkan rumah-rumah mereka di timur kota Al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts