23 Pendatang Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 25 Nov 2015 (Quds Press) — Sekumpulan 23 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi tadi melalui Pintu Al-Magharibah dengan dilindungi oleh pasukan polis Zionis.

Puluhan ahli jemaah yang berjaya masuk sejak awal pagi cuba menghalang kehadiran mereka.

Polis Zionis dilaporkan merampas kad pengenalan para jemaah. Sebilangan wanita dihalang memasuki masjid dan disenaraikan sebagai sebahagian daripada orang yang diharamkan memasuki masjid sejak dua bulan lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts