23 penduduk Palestin ditangkap termasuk bapa kepada 2 syuhada

RAMALLAH, 18 Mei 2017 (PIC) — Tentera Zionis menangkap 23 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi, termasuk bapa kepada dua orang syuhada dari al-Khalil.

Dua lelaki ditangkap dari bandar Kafr Qaddum di timut Qalqilya, dua dari bandar Zawata di barat Nablus, tujuh dari bandar Silwad di utara Ramallah dan seorang dari bandar Aboud berdekatan Ramallah.

Di al-Quds, enam lelaki ditangkap dari bandar Hazma. Manakala di al-Khalil, lima orang ditangkap dari bandar Beit Awwa dan al-Samou serta kem pelarian al-Aroub.

Sheikh Omar Abu Eisheh, bapa kepada dua syuhada Zaid dan Amer, ditangkap selepas tentera memecah dan menggeledah masuk rumahnya di al-Khalil. Tentera turut merampas wang milik keluarganya.

Tentera dilaporkan turut memecah masuk rumah syuhada Briged al-Qassam, Marwan al-Qawasmi serta merampas dua buah kereta milik dua bekas tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts