23 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 22 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Plaestin, termasuk kanak-kanak, dari wilayah Tebing Barat sepanjang alam tadi.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa mereka menjumpai sepucuk senjata buatan sendiri dan merampas wang tunai yang kononnya digunakan untuk menaja aktiviti anti-penjajahan.

Dua penduduk Palestin, Saed al-Rahman al-Zaamra dan Yahya Issa al-Zaamra, diculik dari wilayh al-Khalil. Sementara empat yang lain diculik dari Beit Lahm, iaitu Muhammad Ismail Mousa, dan Ahmad Mahmoud Salah bersama dua adiknya, Imad dan Ashraf.

Manakala di Baitulmaqdis, empat penduduk dipukul sebelum diculik iaitu Muhammad Awisat, Ahmad Awisat, Muatasem Alan, dan Muataz Alan.

Di Tulkarem pula, tujuh orang diculik iaitu Muhammad Ahed Abu Saada, Muataz Subhi Zarour, Salah Riad Hijazi, Nihad Husni Jazar, Faeq al-Kharouf, Muhammad Louay Srouji, 25, dan Muhammad Jamil Masamir, 16.

Sementara di Tubas, utara Tebing Barat, lima orang diculik iaitu Asad Saleh Abu Ara, Muad Raed Daraghmeh, Amer Hassan al-Masri, 30, Bahaa Mazen Nofel, dan Firas Hassan Daraghmeh.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Nasri Jaradat, diculik dari Jenin.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts