2,320 kanak-kanak Palestin ditangkap sejak bermula Intifadah al-Quds

RAMALLAH, 7 Ogos 2016 (PIC) — Seramai 2,320 orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh rejim Zionis sejak 1 Oktober 2015 bilamana Intifadah al-Quds tercetus.

Ketua unit kajian dan dokumentasi bagi jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan di Gaza, Abdunnaser Farwana, dalam kenyataan medianya semalam mendedahkan bahawa 400 daripada mereka masih berada dalam tahanan dan terdedah kepada pencabulan hak yang serius dalam penjara Zionis.

Menurut beliau, kanak-kanak terbabit adalah berumur dari 11 hingga 19 tahun. Undang-undang baharu Zionis membenarkan penangkapan ke atas kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

Lebih 7,000 penduduk Palestin ditahan dalam 25 buah penjara dan pusat tahanan Zionis. 1,500 daripada mereka sedang menderita sakit. Manakala 750 daripada mereka ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan.

70 daripada tahanan tersebut adalah wanita, 400 adalah kanak-kanak, 6 orang Ahli Parlimen, dan 41 tahanan warga emas yang menjalani hukuman penjara selama lebih 20 tahun termasuk 30 orang yang ditahan sebelum Perjanjian Oslo 1993.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts