2,355 penduduk al-Quds ditangkap sejak Oktober 2015

AL-QUDS, 3 Okt 2016 (PIC) — Jawatankuasa bagi Keluarga Tahanan di al-Quds melaporkan seramai 2,355 penduduk Palestin telah ditangkap di al-Quds sejak 1 Oktober 2015.

Mereka termasuk 79 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, 763 remaja di bawah umur 18 tahun, 24 gadis, 104 wanita, 43 lelaki warga emas dan 1,342 orang pemuda.

Seramai 1,209 ditangkap ketika pertempuran manakala 1,146 yang lain ditangkap dari rumah mereka.

Sepanjang tempoh tersebut seramai 42 penduduk al-Quds ditahan di bawah tahanan pentadbiran dalam tempoh dari tiga hingga enam bulan. Beberapa orang kanak-kanak dikenakan tahanan dalam rumah.

Puluhan aktivis ditangkap atas tuduhan membuat hasutan melalui laman sosial Facebook.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts