24 cedera dalam pertempuran di Universiti al-Quds

AL-QUDS, 13 Apr 2017 (PCI) — Seramai 24 orang siswa dan penduduk awam cedera dalam satu pertempuran ketika tentera Zionis menyerbu bandar Abu Dis di timur al-Quds.

Pasukan peronda tentera Zionis berkawal di pintu masuk utama kampus Universiti al-Quds sejak pagi, sambil menghasut penduduk Palestin yang melalui kawasan tersebut. Mereka melepaskan tembakan peluru getah dan bom gas pemedih mata di kawasan kampus tersebut.

Kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut seramai enam orang cedera terkena tembakan peluru getah dan 18 yang lain mengalami sesak nafas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts