24 penduduk Tebing Barat diculik

TEBING BARAT, 3 Nov 2016 (WB) — Tentera penjajah Zionis menculik 24 penduduk Palestin, termasuk sembilan orang dari keluarga yang sama, dalam operasi mengejut di seluruh Tebing Barat awal pagi tadi.

Sembilan ahli keluarga Abu al-Deeb diculik dari kem pelarian al-Ama’ari di selatan Ramallah, di mana kem tersebut telah dikepung dan semua laluan keluar-masuk ditutup sejak dua hari berturut-turut. Pertempuran tercetus di dalam kem apabila pasukan tentera melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah pemuda yang membaling batu dan botol.

Dua beradik Mus’ab dan Muhannad Ma’zouz Dalal diculik dari wilayah Qalqiliya. Mereka adalah anak lelaki kepada tahanan Ma’zouz Dalal yang meninggal dunia dalam penjara Zionis akibat tidak diberikan rawatan perubatan.

Tiga lagi diculik dari wilayah al-Khalil, termasuk bekas tahanan Ahmad Abu Sundus yang dibebaskan beberapa bulan lalu selepas merengkok dalam penjara selama tujuh tahun.

Dalam kejadian di al-Quds, tentera Zionis menculik dua beradik Mohamed dan Mujahed Ali Aweissat serta Mohamed Daoud Abda dan seorang wanita.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts