2,461 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa sepanjang April

AL-QUDS, 3 Mei 2017 (PIC) — Seramai 2,461 pendatang Yahudi dan pegawai Zionis telah menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa sepanjang bulan April baharu lalu.

Laporan Pusat Kajian al-Quds mengenai penduduk Palestin dan Yahudi menunjukkan 36 orang pegawai perisik dan 103 anggota polis yang berpakaian seragam adalah sebahagian daripada penceroboh tersebut. Bilangan tersebut juga melibatkan seramai 256 orang pelajar Yahudi yang digelar “Pelajar untuk Kuil Sulaiman.”

Sementara itu seramai 25,896 pelancong telah memasuki tapak suci umat Islam itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts