25 kanak-kanak Palestin dibunuh sejak awal tahun

RAMALLAH, 2 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis membunuh 25 kanak-kanak Palestin sejak awal tahun 2018 – 21 orang daripadanya di Gaza.

Seramai 13 kanak-kanak dibunuh ketika menyertai perhimpunan aman Great Return March (GRM) di kawasan sempadan Gaza yang bermula sejak 30 Mac lalu.

Menurut kenyataan pertubuhan Defence for Childen International-Palestine (DCIP), kematian tersebut melibatkan seramai 21 kanak-kanak yang ditembak secara sengaja dan langsung menggunakan peluru hidup, di mana 11 daripada mereka disasar di bahagian kepala atau leher.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts