25 penduduk al-Khalil diculik

AL-KHALIL, 2 Ogos 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 25 penduduk diculik dalam operasi tentera Zionis yang memecah masuk rumah penduduk dan menutup laluan masuk utama di kota al-Khalil dari petang semalam sehingga awal pagi tadi.

Lima pemuda ditangkap di perkampungan Sair, Surif dan Dura, di mana tentera penjajah mengepung dan melepaskan tembakan ke rumah Ahmad Muhammad Hussein Abu Farah. Tentera Zionis menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan Ahmad Muhammad keluar dari rumah. Setelah menyerah diri, beliau ditangkap dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts