25 penduduk Palestin diculik

NABLUS, 28 Mac 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 25 orang penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan diculik leh tentera Zionis dalam operasi di Tebing Barat dan a-Quds malam tadi.

Dalam kejadian di Nablus, lapan buah kenderaan peronda tentera menyerbu masuk bandar Tel dan mengepung rumah Assaad Rayhan sebelum menangkap anak perempuannya Soujod, 12. Manakala bekas tahanan Dirar Qubala, 22, diculik dari rumah keluarganya di bandar Iba, barat Nablus.

Di Tubas, tentera penjajah memecah masuk rumah Mohamed Daraghma sebelum menangkap anak lelakinya Seif, 17. Mereka turut menangkap seorang lagi remaja Jamal Musalamani, 18, dari rumah keluarganya.

Tangkapan turut dibuat di wilayah al-Khalil dan Tulkarem.

Laporan PBB menunjukkan bahawa tentera Zionis melakukan purata 95 serbuan ke atas perkampungan, kem pelarian atau bandar Palestin di Tebing Barat sepanjang tahun 2016. Sehingga kini, sebanyak purata 78 serbuan dilakukan setiap minggu sejak awal 2017.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts