25 termasuk jurnalis cedera dalam pertempuran di al-Quds

AL-QUDS, 23 Julai 2017 — Pasukan polis Zionis malam tadi menyerang para jemaah yang berjaga dan bersolat di Pintu al-Asbat sejak lapan hari lalu dengan tembakan bom pelali, manakala beberapa lagi kumpulan penduduk di Abu Dis dan Qalandiya diserang dengan peluru getah dan gas pemedih mata.

Para jemaah bertegas untuk tidak memasuki masjid suci itu dan tetap bersolat di hadapan pintu-pintu masuk, selagi mana rejim Zionis tidak membuang semula semula pintu elekronik pengesan logam yang dipasang di pintu-pintu masuk.

Polis Zionis mewajibkan semua jemaah melalui pintu elektronik pemeriksaan logam untuk masuk ke dalam masjid.

Jurnalis Mohammed al-Sadiq cedera dalam pertempuran tersebut, buat kali kedua sejak tercetusnya bantahan apabila polis Zionis menutup Masjid al-Aqsa pada 14 Julai lalu.

Terdahulu, seramai 25 orang termasuk dua jurnalis cedera diserang dengan peluru getah dan gas pemedih mata di bandar Abu Dis dan juga sekatan Qalandiya. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts