2,500 pesakit di Gaza tidak mendapat rawatan

GAZA, 5 Julai 2017 (MEMO) — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengeluarkan amaran seramai 2,500 pesakit di wilayah terkepung itu berhadapan dengan risiko kematian kerana Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak membenarkan mereka mendapatkan rawatan di luar negara.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qidra, menyebut bahawa permohonan 2,500 pesakit Gaza masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Rujukan Luar Negara.

Di samping menghalang mereka ke luar negara, PA turut menghenti bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk hospital-hospital di Gaza serta membiarkan masalah bekalan elektrik.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts