AL-QUDS, 24 Jun 2016 (PIC) — 250,000 penduduk Palestin berjaya memasuki Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Jumaat walaupun terpaksa berhadapan dengan sekatan dan halangan tentera Zionis.
Kenyataan Jabatan Wakaf di al-Quds menyebut bahawa ribuan jemaah datang dari Tebing Barat sejak waktu Subuh memandangkan mereka akan berhadapan dengan sekatan yang ketat. Pesawat pemantau Zionis berlegar di udara, di samping puluhan polis Zionis berkawal di seluruh al-Quds.
Tentera turut menutup laluan utama ke kota al-Quds dan menghalang bas-bas memasukinya.
Lelaki Palestin yang berumur di bawah 45 tahun bagaimanapun dihalang memasuki al-Quds yang terjajah.