2,525 Pelarian Palestin Terkorban Di Syria

syriaDAMASKUS, 22 Okt 2014 (PIC) — Seorang pelarian Palestin terkorban malam tadi apabila pertempuran berlaku di Damaskus, menjadikan jumlah korban di kalangan pelarian Palestin sejak Februari 2011 seramai 2,525 orang.

Jawatankuasa Pelarian Palestin di Syria dalam satu kenyataan media semalam menyebut Qusay Osama Salman meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam pertempuran di kawasan Jober di ibukota Syria itu.

Kem Pelarian Yarmouk merupakan penempatan terbesar pelarian Palestin di Syria, dengan jumlah penduduk sebelum bermulanya krisis kekejaman rejim Bashar seramai 160,000. Kem tersebut telah dikepung selama 472 hari dan terputus bekalan elektrik sejak 555 hari lalu. Penduduknya juga berhadapan dengan krisis bekalan air yang kritikal sejak 42 hari lalu. Seramai 155 orang pelarian Palestin dilaporkan terkorban di situ akibat kebuluran.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts