26 Penduduk Al-Quds Cedera, 6 Ditangkap

AL-QUDS, 14 Dis 2017 — Sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin cedera sementara enam yang lain ditangkap dalam pertempuran di Bab al-Amoud, iaitu salah satu pintu masuk ke kota suci al-Quds, malam tadi.

Pertempuran tercetus apabila pasukan khas polis Ziois menyerang peserta satu perhimpunan memprotes tindakan Presiden Amerika Donald Trump mengisytihar kota suci umat Islam itu sebagai ibukota negara haram Zionis.

Petugas Bulan Sabit Merah Palestin merawat 26 penduduk yang cedera dipukul oleh polis, sementara seoang mangsa dikejarkan ke hospital.

(Sumber: PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts