26 penduduk Palestin diculik

AL-KHALIL, 9 Apr 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 26 orang penduduk Palestin diculik oleh tentera penjajah Zionis di al-Quds dan al-Khalil.

Seramai 18 orang ditangkap dari al-Quds.

Dalam pada itu, polis Zionis memutuskan untuk menutup seluruh kawasan al-Quds yang terjajah kepada penduduk Tebing Barat dari 9 hingga 17 April bersempena musim perayaan Paskah Yahudi.

Di al-Khalil, sekurang-kurangnya lapan orang diculik di mana sekumpulan besar tentera memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk.

Bekas tahanan Ra’fat ash-Sharbati turut diculik selepas tentera secara ganas memecah masuk rumah beliau di kawasan Aqabat Tafoh, kota al-Khalil. Rumah lapan orang bekas tahanan lain turut dipecah masuk, termasuk rumah Louay Attawil di kejiranan Abu Rumman di mana tentera menculik beliau dan merampas keretanya.

Seorang wanita turut ditahan di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil.

Seorang lagi wanita, Ruwaida as-Salibi, 55, ditahan dan dirampas kad pengenalannya. Tentera turut memukul anak lelakinya Alaa, 26, yang merupakan seorang bekas tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts