26 penduduk Palestin ditahan, 14 diharamkan memasuki al-Aqsa

RAMALLAH, 13 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menahan sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds Timur dalam operasi sepanjang malam tadi, termasuk 14 orang yang dibebaskan semula dan diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa.

17 daripada mereka ditahan di al-Quds Timur, termasuk Muhammad Shuyukhi iaitu saudara kembar kepada Ali Shuyukhi yang dibunuh oleh tentera Zionis dalam pertempuran di kejiranan Silwan malam Selasa lalu.

Dua anak lelaki Misbah Abu Sbeih, Sbeih dan Izz al-Din, turut ditangkap.

Lima yang lain ditangkap di perkampungan Nahhalin dan Tuqu di wilayah Beit Lahm, seorang lagi dari perkampungan Deir Abu Mashaal di Ramallah dan tiga dari perkampungan Ishna di al-Khalil.

Sekitar 7,000 penduduk Palestin sedang merengkok dalam penjara Zionis, di mana 500 daripadanya adalah penduduk al-Quds Timur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts