26 penduduk Palestin ditangkap

BEIT LAHM, 30 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin dalam operasi di seluruh wilayah Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Seramai sembilan penduduk ditangkap dari wilayah Tulkarem, seorang kanak-kanak dari wilayah Nablus, dan dua yang lain dari wilayah Jenin di utara Tebing Barat. Manakala empat siswa ditangkap dari wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sementara di al-Quds timur, tentera Zionis menangkap wanita Amal Abu Sneineh, 40, tanpa memberi sebarang alasan. Dua yang lain ditangkap di Kota Lama al-Quds.

Menurut laporan PBB, tentera Zionis telah menjalankan sebanyak 196 operasi memburu dan menangkap penduduk Palestin di seluruh wilayah Tebing Barat dari 10hb hingga 23hb Oktober lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts