2,600 kanak-kanak Palestin ditangkap sejak tercetus Intifadah al-Quds

GAZA, 5 Apr 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 2,600 orang kanak-kanak Palestin telah ditangkap dan dikurung dalam pusat-pusat tahanan Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Seramai 320 sedang ditahan dalam keadaan yang menyiksakan dan dinafikan hak-hak asasi mereka. Antara pencabulan hak mereka termasuklah ditangkap pada waktu malam, diserang atau dipukul dengan teruk, disoal siasat secara ganas, diugut, didera secara psikologi dan fizikal, dipaksa membuat pengakuan dan dihalang mendapat lawatan ahli keluarga.

Laporan kajian hal ehwal tahanan Palestin menyebut seramai 17 kanak-kanak ditahan selepas cedera, di mana sebahagian daripada mereka dimasukkan ke dalam penjara tanpa diberi rawatan.

Kanak-kanak Palestin yang ditahan dibawa ke mahkamah tanpa penjaga mereka, dan lazimnya disoal siasat tanpa kehadiran penasihat undang-undang. Majoriti daripada kanak-kanak ini dituduh membaling batu dan cuba membuat serangan menikam, yang boleh dikenakan hukuman penjara dari 10 hingga 20 tahun sekiranya dijatuhkan bersalah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts