27 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

AL-KHALIL, 4 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 27 penduduk Palestin termasuk beberapa orang bekas tahanan dan seorang pegawai Hamas dari beberapa daerah di Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di al-Khalil, tentera Zionis merampas tiga buah kenderaan di bandar Dura dan perkampungan al-Majd. Mereka turut menculik tiga orang penduduk dari bandar Dura.

Sementara di bandar Bani Na’im di al-Khalil, seorang warga emas diculik bersama anak lelakinya setelah tentera Zionis memecah masuk rumah mereka.

Dalam kempen di bandar Abu Dis di wilayah Baitulmaqdis, tentera Zionis mendakwa telah merampas senjata dan peralatan yang digunakan untuk membuat senjata.

Manakala di Tulkarem, pegawai kanan Hamas Ra’fat Nasif diculik dari rumahnya. Empat orang lagi penduduk diculik dari wilayah Nablus.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts