27 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat

JENIN, 18 Jan 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestin diculik oleh tentera penjajah Zionis dalam operasi di seluruh wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

13 ditangkap di kawasan Silwad di al-Quds, enam di al-Khalil, dua di Ramallah dan satu di Bayt Lahm. Manakala empat lagi ditangkap di Tulkarem dan Salfit.

Seorang bekas tahanan juga diculik di Nablus. Tentera penjajah dilaporkan memasuki kota Nablus dan menangkap mangsa, Mahmoud al-Tabouq, setelah menyelongkar rumah keluarganya.

Segerombolan tentera yang menaiki 10 buah jip turut menyerang masuk dan merosakkan rumah keluarga Wisam Kasrawi, pemuda yang mereka tembak mati di sekatan Huwara baru-baru ini, sejurus selepas menceroboh masuk kota Jenin. Serangan tersebut di buat hanya beberapa jam selepas upacara pengkebumian Wisam. Mereka turut menggeledah beberapa buah rumah saudara Wisam, mencetuskan suasana panik terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts